Assalamuaalikum
Ketika menunggu azan subuh, tengok-tengok blog Ridhuan Tee apa yang menarik. Dua perenggan yang memang menarik perhatian saya
"Saya hanya mahu umat Islam mencontohi kepemimpinan Rasulullah SAW. Cakap serupa bikin. Baginda selalu menyamakan dirinya dengan khalayak. Jika khalayak susah, Baginda dapat merasainya. Baginda selalu melakukan sesuatu terbaik daripada orang lain. Baginda selalu menasihatkan orang lain solat lima kali sehari, sedangkan Baginda sendiri berbuat lebih daripada itu. Baginda menyuruh orang lain berpuasa sebulan dalam setahun, sedangkan Baginda berpuasa sunat saban kali. Alangkah baiknya jika setiap suruhan ini dapat didengar daripada mulut pemimpin sendiri. Bayangkanlah jika seorang pemimpin menyeru rakyatnya secara langsung melalui media akan kepentingan solat berjamaah. Impaknya amat besar dan berkesan.
Pendek kata, keberhasilan kepemimpinan Baginda berpaksikan kepada; pertama, melaksanakan, tidak hanya berteori atau bercakap. Baginda tidak hanya memerintah orang lain melakukan sesuatu, tetapi Baginda sendiri melaksanakannya. Kedua, Baginda berpegang kepada prinsip keadilan. Kepentingan orang yang dipimpin diutamakan. Tiada benteng pemisah antara Baginda dengan khalayak. Ini kerana, Baginda tahu bahawa, kuasa berada di tangan Allah. Manusia hanya pemegang amanah. Amanah ini harus dijaga dengan baik. Inilah contoh teladan yang perlu diikuti."

Alangkah bagusnya kalau semua orang mengikut sifat Rasullulah ini termasuk saya. Ada seorang dalam hidup saya yang ikut sunnah ini - Ayah saya.
Setiap apa yang disuruh oleh Ayah saya, dia dah buat dulu.
Kejut saya solat subuh, Ayah sudah selesai solat Subuh. Ditambah dengan Qiyamulail setiap malam.
Ayah kata pergi baca buku, jgn banyak tengok tv, Ayah memang jarang-jarang tengok TV, selalu baca buku ilmu.
Ayah suruh baca Alquran, setiap hari Ayah baca quran, di radio pasang ayat Quran, di kereta pun pasang ayat Quran.
Ayah suruh puasa sunat, setiap minggu Ayah tak tinggal puasa sunat kecuali uzur.
Ayah kata jangan membazir, Ayah beli barang yang keperluan, tiada baju mahal, tiada gajet terkini, perabot rumah biasa-biasa sahaja, kereta pun biasa-biasa sahaja. Bukan Ayah saya kedekut, setiap kali Ayah saya dengar keluarga perlu keperluan, dia akan tolong, tak kira anak masih kecil atau besar. Yang penting ia dapat memberi kebaikan dunia & akhirat.
Saya pun perlu begitu. Lagi-lagi pada anak-anak. Walaupun kadang kala saya lebih suka mengarah dari membuat dahulu.
Nabi kita dah bagi contoh terbaik, kenapa saya susah nak ikut?